Sindiket Dadah | Polis tahan dua rakan disyaki edar dadah sejak 10 bulan lalu

2022-11-01 0

Polis menahan dua lelaki pada Sabtu, selepas disyaki terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah di beberapa kawasan di Perak sejak 10 bulan lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, suspek pertama yang berusia 22 tahun telah ditahan pada jam 9.15 malam, di Bidor.